NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010
NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
This written notice (“Notice”) is issued by Cahaya Gold & Jewellery Sdn Bhd and Cahaya Gold & Jewellery Sdn Bhd on behalf of its subsidiaries (collectively “our”, “us” or “we”) to you. For the purpose of this Notice, the terms “personal data”, “sensitive personal data” and “processing” shall have the same meaning as prescribed in the Personal Data Protection Act 2010 (“Act”).
Notis bertulis ini (“Notis”) dikeluarkan oleh Cahaya Gold & Jewellery Sdn Bhd dan Cahaya Gold & Jewellery Sdn Bhd bagi pihak syarikat-syarikat subsidiarinya (secara kolektif “kami”) kepada anda. Untuk tujuan Notis ini, terma-terma “data peribadi”, “data peribadi sensitif” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”).
Consent/ Persetujuan
1. This Notice serves to inform you that your personal data is being processed by us or on our behalf when you engage with our services, when you register as our supplier or when you visit our website at cahayagold.com (“Website”) and you agree to the processing of your personal data in accordance with this Notice.
Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, apabila anda mendaftar sebagai pembekal kami atau apabila anda melawat laman web kami di cahayagold.com (“Laman Web”) dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda mengikut Notis ini.
Description of personal data/ Perihalan data peribadi
2. We may collect a variety of personal data (including sensitive personal data) from you from time to time including but not limited to your name, company name, home address, mailing address, national registration identity card number, passport number, copies of identification card, religion, race, age, gender, telephone number, fax number, e-mail address, designation, bank account/payment details, results of credit checks (if any), CCTV images and footages, other information that is publicly available, and all other personal data we again collect from you on any subsequent occasion. The types of personal data that we may collect would depend on the circumstances of the collection, the nature of the services involved or our dealings with you. Where relevant, we may be required by laws, including without limitation the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, to collect certain personal data from you.
Kami mungkin mengumpul pelbagai data peribadi (termasuk data peribadi sensitif) daripada anda dari semasa ke semasa termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nama syarikat, alamat rumah, alamat mel, nombor kad pengenalan, nombor pasport, salinan kad pengenalan, agama, bangsa, umur, jantina, nombor telefon, nombor fax, alamat e-mel, jawatan, maklumat akaun bank/bayaran, hasil pemeriksaan kredit (jika ada), imej dan rakaman CCTV, serta butiran-butiran lain yang tersedia secara umum, dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya. Jenis-jenis data peribadi yang kami kumpul bergantung pada keadaan pengumpulan, jenis perkhidmatan yang terlibat atau urusan kami dengan anda. Jika berkaitan, kami mungkin dikehendaki oleh undang-undang, termasuk tanpa had Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, untuk mengumpul data peribadi tertentu daripada anda.
Purpose / Maksud
3. Your personal data is being or is to be collected and further processed for the following purposes (where relevant):
Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya oleh kami untuk maksud-maksud berikut (jika relevan):
(a) performing pre-contractual activities and our contractual obligations with you;
melaksanakan aktiviti pra-kontrak dan obligasi kontrak kami dengan anda;
(b) ensuring the performance by you of your pre-contractual and contractual obligations to us;
memastikan anda melaksanakan obligasi pra-kontrak dan kontrak anda terhadap kami;
(c) providing you with our services;
memberi anda perkhidmatan kami;
(d) receiving products and/or services from you;
menerima produk dan/atau perkhidmatan daripada anda;
(e) administering and managing our loyalty programme and your account with us;
mentadbir dan menguruskan program kesetiaan kami dan akaun anda dengan kami;
(f) implementing and effecting the requests or transactions relating to gold trading;
melaksanakan permintaan atau transaksi yang berkaitan dengan perdagangan emas;
(g) verifying your identity and creditworthiness;
mengesahkan identiti dan kelayakan kredit anda;
(h) verifying and carrying out financial transactions in relation to payments made by or to you and administering and processing any payments related to products and/or services requested or provided by you;
mengesahkan dan melaksanakan transaksi kewangan berkenaan dengan bayaran yang dibuat oleh atau kepada anda dan mentadbir dan memproses apa-apa bayaran berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang diminta atau dibekalkan oleh anda;
(i) communicating with you;
berkomunikasi dengan anda;
(j) data analytics, data matching, internal business and administrative purposes, including without limitation for purposes related to data storage and management;
data analisis, pemadanan data, maksud-maksud perniagaan dalaman dan pentadbiran, termasuk tetapi tidak terhad untuk maksud-maksud yang berkaitan dengan penyimpanan dan pengurusan data;
(k) where relevant, granting you access to any relevant premises/facilities, including without limitation the premises/facilities owned, operated or managed by us or on our behalf (“Our Premises”) subject to any relevant terms and conditions;
jika relevan, memberikan anda akses kepada mana-mana premis/permudahan berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada premis/kemudahan yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh, atau bagi pihak, kami (“Premis Kami”) tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang berkaitan;
(l) law enforcement purposes, assisting investigations by police or other government or regulatory authorities and to meet requirements imposed by applicable laws and regulations or other obligations committed to government or regulatory authorities;
maksud-maksud penguatkuasaan undang-undang, membantu siasatan oleh pihak-pihak polis atau kerajaan atau pengawal selia yang lain, dan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan atau tanggungjawab lain terhadap kerajaan atau pihak-pihak pengawal selia;
(m) performing such other contract as may have been entered between you and us;
melaksanakan apa-apa kontrak lain yang telah dipersetujui antara anda dengan kami;
(n) purposes of enforcing our legal rights and/or obtaining professional or legal advice;
maksud menguatkuasakan hak undang-undang kami dan/atau mendapatkan nasihat profesional atau undang-undang;
(o) advertising and providing you with information (such as events, offers or promotions) relating to our and our related corporations’ and business partners’ products and/or services, including without limitation sending you e-newsletters, promotional marketing materials, seasonal/birthday greetings and messages, gifts and/or vouchers;
mengiklankan dan memberi anda maklumat (seperti acara, tawaran atau promosi) yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami, syarikat-syarikat bersekutu kami dan rakan-rakan perniagaan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada menghantar surat berita elektronik, bahan pemasaran promosi, mesej dan salam bermusim/ulang tahun, hadiah dan/atau baucer kepada anda;
(p) complying with any legal or regulatory requirements and/or requests from regulatory bodies; and/or
mematuhi apa-apa keperluan undang-undang atau pengawalseliaan dan/atau permintaan daripada perbadanan kawal selia; dan/atau
(q) such other purposes authorised by you or directly related or ancillary to the foregoing.
maksud-maksud lain yang dibenarkan oleh anda atau berhubungan secara langsung atau sampingan dengan yang tersebut di atas.
(collectively, the “Purposes”).
(secara kolektif, “Maksud” tersebut).
Source of personal data/ sumber data peribadi
4. Your personal data is being or is to be collected from a variety of sources, including without limitation:
Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dari pelbagai sumber, termasuk tanpa had:
(a) when you fill in your details in our order form or our supplier registration application form, purchase or trade gold with us, communicate with us, and when you use the Website;
apabila anda mengisi butiran-butiran anda dalam borang pesanan kami atau borang permohonan pendaftaran pembekal kami, membeli atau berdagang emas dengan kami, berkomunikasi dengan kami, dan apabila anda menggunakan Laman Web;
(b) when you visit Our Premises in person;
apabila anda melawat Premis Kami;
(c) from CCTV;
dari CCTV;
(d) through our business partners and/or other independent third party sources; and/or
melalui rakan kongsi perniagaan kami dan/atau pihak ketiga bebas yang lain; dan/atau
(e) from all other communications between you and us and all other information that you may provide to us from time to time.
dari semua komunikasi lain antara anda dan kami dan dari semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari masa ke semasa.
Access to, correction of and limiting the processing of personal data/ Akses kepada, pembetulan terhadap dan had pemprosesan data peribadi
5. You have the right to request access to and to request correction of your personal data subject to the following and subject to provisions of the Act:
Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda tertakluk kepada peruntukan berikut dan peruntukan Akta tersebut:
(a) you may, upon payment of a prescribed fee (if any), make a data access request or a data correction request in writing to us; and
anda boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan (jika ada), membuat suatu permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data secara bertulis kepada kami; dan
(b) we may refuse to comply with your data access request or a data correction request and shall, by notice in writing, inform you of our refusal and the reasons of our refusal.
kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data daripada anda dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.
6. You may, by providing us with a notice in writing: (a) limit the processing of your personal data or request us to cease or not begin processing your personal data for purposes of direct marketing; and/or (b) withdraw your consent previously given to us (in full or in part) to the processing of your personal data, subject to any applicable legal restrictions and a reasonable duration of time for such notice/request to be effected. If you limit the processing or withdraw your consent to any or all use of your personal data, it may result in: (i) us being unable to continue to administer any arrangement or contractual relationship in place between you and us; (ii) us being unable to (continue to) perform any of our contractual obligations to you (if any); (iii) us being unable to process your personal data for any of the Purposes; and/or (iv) the termination of any arrangements/agreements/contracts between you and us, without any liability on our part (“Consequences”).
Anda boleh, dengan memberi kami pemberitahuan secara bertulis: (a) mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau meminta kami berhenti memproses atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda untuk maksud pemasaran langsung; dan/atau (b) menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami (sepenuhnya atau sebahagiannya) untuk memproses data peribadi anda, tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang dan tempoh masa yang munasabah untuk perlaksanaan pemberitahuan/permintaan tersebut. Jika anda mengehadkan pemprosesan atau menarik balik persetujuan anda kepada apa-apa atau semua penggunaan data peribadi anda, ia akan menyebabkan: (i) kami tidak dapat terus mentadbir sebarang pengaturan atau hubungan kontraktual antara anda dan kami; (ii) kami tidak dapat (terus) melaksanakan mana-mana obligasi kontractual kami kepada anda (jika ada); (iii) kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud tersebut; dan/atau (iv) penamatan sebarang perjanjian/pengaturan/kontrak antara anda dan kami, tanpa sebarang tanggungjawab dari pihak kami (“Konsekuensi”).
7. You may contact us with any inquiries or complaints in respect of your personal data via the methods below:
Anda boleh menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda melalui butiran seperti yang dihuraikan di bawah:
Designation/ Jawatan: | Customer service |
Telephone No./ No. Telefon: | 016-2610512 |
E-mail address/ Alamat E-mel: | [email protected] |
Disclosure of personal data/ Penzahiran data peribadi
8. We may disclose/transfer your personal data to the following third parties (who may be located within or outside Malaysia):
Kami akan menzahirkan/memindahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga (yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia) berikut:
(a) our related corporation, affiliates or subsidiaries;
syarikat bersekutu, ahli gabungan atau subsidiari kami;
(b) our business partners, agents, contractors or third-party service providers including without limitation those who provide administration, legal, accounting, data processing, email, telecommunications, computer, payment, technology outsourcing, call centre services, services in connection with the operation of our business and the provision of services to you;
rakan-rakan perniagaan, ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami termasuk tanpa had mereka yang memberikan perkhidmatan pentadbiran, perundangan dan perakaunan, pemprosesan data, emel, telekomunikasi, komputer, bayaran, teknologi penyumberan luar, pusat panggilan, perkhidmatan berhubung dengan operasi perniagaan kami dan penyediaan perkhidmatan kepada anda;
(c) government or regulatory bodies in any jurisdiction or any person to whom we must disclose data including but not limited to Bank Negara Malaysia;
kerajaan atau badan-badan pengawalseliaan di mana-mana bidangkuasa atau orang yang kami perlu menzahirkan data termasuk tetapi tidak terhad kepada Bank Negara Malaysia;
(d) credit reporting agencies and/or our financial and other professional advisors (where relevant); and/or
agensi pelaporan kredit dan/atau penasihat kewangan atau profesional kami (jika relevan); dan/atau
(e) our actual or potential assignee, assignor, transferee, transferor, acquirer or acquiree in respect of our rights, interests and properties;
pihak ketiga yang kepadanya hak, kepentingan, atau harta kami dipindahkan/diserahkan, pihak ketiga yang memindahkan/menyerahkan haknya, kepentingannya atau hartanya kepada kami, pihak ketiga yang memperolehi hak, kepentingan, atau harta kami atau pihak ketiga yang haknya, kepentingannya, atau hartanya kami memperolehi (sebenar atau berpotensi);
(f) third parties due to any actual or potential corporate restructuring or exercise (including without limitation merger, acquisition and/or the restructuring of our business, assets and/or liabilities); and/or
(g) pihak ketiga disebabkan oleh penstrukturan semula atau pelaksanaan korporat yang sebenar atau berpotensi (termasuk tetapi tidak terhad kepada penggabungan, pengambilalihan dan/atau penstrukturan semula perniagaan, aset dan/atau liabiliti kami); dan/atau
(h) any such third party requested or authorised by you for any of the above Purposes.
mana-mana pihak ketiga seperti yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk mana-mana Maksud yang dinyatakan di atas.
Security measures / Langkah keselamatan
9. We take personal data security seriously when processing your personal data. We will put in place practical steps to protect your personal data from any loss, misuse, modification, unauthorized or accidental access or disclosure, alteration or destruction as required by law, including but limited to:
Kami mengambil serius keselamatan data peribadi apabila memproses data peribadi anda. Kami akan melaksanakan langkah-langkah praktikal yang dikehendaki oleh undang-undang untuk melindungi data peribadi anda daripada apa-apa kehilangan, salahguna, ubahsuaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan, termasuk tetapi terhad kepada:
(a) control and limit our employees’ access to personal data system;
mengawal dan menghadkan takat kuasa kakitangan kami untuk mengakses data peribadi;
(b) providing user ID and password for our authorised employees to access personal data;
menyediakan ID pengguna dan kata laluan kepada kakitangan kami yang diberi kebenaran untuk mengakses data peribadi;
(c) terminating user ID and password immediately when our authorised employees are no longer handling the personal data;
membatalkan ID pengguna dan kata laluan dengan serta merta apabila kakitangan kami yang diberi kebenaran untuk mengakses data peribadi tidak lagi mengendalikan data peribadi;
(d) keeping all physical files containing personal data in a locked place; and
menyimpan semua fail fizikal yang mengandungi data peribadi di tempat yang berkunci; dan
(e) ensuring that all our employees involved in processing personal data always protect the confidentiality of your personal data.
memastikan semua kakitangan kami yang terlibat dalam pemprosesan data peribadi anda sentiasa menjaga kerahsiaan data peribadi anda.
Personal data retention period / Tempoh penyimpanan data peribadi
10. We retain your personal data for as long as is required in order to fulfil the primary Purposes as set out in this Notice. It is our standard practice to retain personal data for no longer than seven (7) years unless otherwise permitted or required by laws. We will take all reasonable steps to ensure that your personal data is destroyed or permanently deleted once it is no longer required based on the retention principle and practices set out above.
Kami menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi Maksud utama seperti yang dinyatakan di Notis ini. Ia adalah amalan standard kami untuk menyimpan data peribadi selama tidak lebih daripada tujuh (7) tahun kecuali jika dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang. Kami akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa segala data peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal jika data peribadi itu tidak lagi dikehendaki berdasarkan prinsip dan amalan penyimpanan yang dinyatakan di atas.
Third party personal data/ Data peribadi pihak ketiga
11. We may require your assistance if the personal data relating to other persons is required to process your personal data for the Purposes and you hereby agree to use your best endeavors to assist us when required. In the event that personal data of any third party is supplied by you to us, you shall ensure that such third party has read this Notice and consented to us collecting his/her personal data for any of the Purposes prior to the supply of his/her personal data to us.
Kami boleh menghendaki bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadinya untuk mana-mana Maksud tersebut sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.
Obligatory personal data/ Data peribadi wajib
12. It is obligatory that you supply us the information marked or specified as compulsory in our forms (collectively, “compulsory personal data”). If you fail to supply us with any of the compulsory personal data, it may result in the any of the Consequences (as specified in paragraph 6 above).
Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir yang ditandakan atau dinyatakan sebagai wajib dalam borang kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda tidak memberikan kami mana-mana data peribadi wajib tersebut, ia akan mengakibatkan mana-mana Konsekuensi (seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6 di atas).
Transfer of personal data to places outside Malaysia/ Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia
13. We may transfer your personal data to a place outside Malaysia and you agree to the transfer.
Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda bersetuju tehadap pemindahan tersebut.
Accuracy of your personal data/ Ketepatan data peribadi
14. You are responsible for ensuring that the information you provide us is accurate, complete, not misleading and kept up to date.
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
Amendments / Pindaan
15. We may update and amend this Notice from time to time. We will notify you of any amendments to this Notice via announcements made through the Website or other appropriate means. Please check the Website from time to time for amendments to this Notice. Any such amendments will be effective upon notification to you. By continuing your engagement of our services or usage of the Website after being notified of any amendments to this Notice, you will be considered as having agreed to this Notice (as amended and updated).
Kami mungkin mengemas kini dan meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Kami akan memberitahu anda apa-apa pemindaan kepada Notis ini melalui pengumuman di Laman Web atau cara-cara lain yang munasabah. Sila semak Laman Web dari semasa ke semasa untuk pemindaan kepada Notis ini. Apa-apa pemindaan kepada Notis ini akan berkesan pada masa pemberitahuan kepada anda. Dengan terus menggunakan perkhidmatan atau Laman Web kami selepas diberitahu tentang apa-apa pindaan kepada Notis ini, anda akan dianggap sebagai bersetuju dengan Notis ini (yang telah dikemaskini/dipinda).
Conflict/ Konflik
16. In the event of any inconsistency between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Notice, the English version shall prevail over the Bahasa Malaysia version.
Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.