Halaman Utama / Terma & Syarat
Terma & Syarat
Terma penggunaan laman web dan syarat pesanan Cahaya Gold.
Terma, polisi dan syarat di bawah menerangkan tentang penggunaan cahayagold.com. Penggunaan dan penempatan apa-apa pesanan membentuk satu perjanjian yang anda mesti ikuti dan terikat dengan terma-terma yang dinyatakan. Kami berhak menukar terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa apa-apa notis terlebih dahulu.
Pesanan
- Sila maklum bahawa barang di dalam kart anda tidak dianggap selamat hingga anda berjaya menghantar pesanan anda dan ianya mungkin akan habis dijual semasa di dalam proses.
- Segala pembayaran mesti disempurnakan dalam masa 3 hari bekerja.
- Pesanan akan dibatalkan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu jika pembayaran tidak berjaya dilakukan semasa tempoh ini.
- Selepas pesanan anda dihantar, kami tidak boleh menambah atau memadam barang tersebut dari pesanan anda.
- Kami mempunyai hak untuk memulangkan jumlah penuh kepada pelanggan jika kami tidak dapat menghantar barang pesanan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
Harga dan Pembayaran
- Segala harga adalah muktamad dan tidak boleh dirundingkan.
- Segala pembayaran akan dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM).
- Kami mempunyai hak untuk membuat jualan murah pada bila-bila masa sahaja.
- Pengesahan bayaran akan dibuat dalam masa 3 hari bekerja sahaja.
- Dengan tegasnya, tiada pemulangan atau penukaran barang yang dijual.
- Dengan tegasnya, tiada pemulangan dan penukaran barang melainkan disebabkan oleh kami (contoh: pesanan diterima salah dan kecacatan barang).
